Monday, 8 April 2013

The truth.


Assalamualaikum :)

hari ni, ina nak cerita tentang isu kahwin awal. 

bismillahirrahmanirrahim. take your time to read this entry. sebab entry ni sangat panjang :)

apa yang ina cerita ni, semua based on my experiences taw. lain orang lain pengalaman dia. 

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

nikah awal ni perlu persediaan mental dan fizikal. luar dalam kena ready. orang selalu cakap, eh, bestnya nikah. bestnya kahwin muda. tapi kena ingat, apa konsep 'best' tu ? its all about tanggungjawab, berbakti sepenuh hati dan berusaha untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga. i'm here not to convince you all tentang kahwin awal. thats why entry ni ada. ina nak cerita good and bad effect kahwin muda. ina dah ada pengalaman, boleh la share dengan semua. insya Allah. 

yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

masa awal2 dulu isu ni dibangkitkan, ina sendiri tak yakin. tapi know what sapa yang yakinkan ina? my sister. my only akak. akak memang sgt tegas orangnya. mana ina tak pelik, tiba2 akak bagi kahwin awal. again, KAHWIN AWAL. kahwin muda okay. i never expect about this. seriously. tapi akak cuma nak syariat ina terjaga. dia pun mungkin tak berapa suka ina ber'couple' dengan iz. tak elok kan. lebih2 lagi bila taw kitorang kelas yang sama. lagi la, gundah gulana rasanya beliau. so, akak amek pendekatan ini. the best way supaya everything terjaga. syariat terjaga, akhlak, adab segalanya lah. for paklong side pulak, dia sangat suka sebb ada orang jaga anak buah dia nanti masa dekat u. so, paklong memang OKAY aje :) tapi ina ingat lagi. masa selepas family iz masuk merisik, paklong bagi ina baca paper metro. kebetulan, cerita tentang nikah awal dalam kalangan remaja universiti. but for me, hampir semua yang dia cakap, semua KEBURUKAN semata! paklong just nak ina ready dengan cabaran2 yang bakal hadir kelak and apa yang  ina baca tu boleh dijadikan tauladan supaya perkara tersebut tak berlaku.

kenapa perlu kahwin awal?

Apabila 2 orang anak adam diijabkabulkan, maka menangislah si syaitan durjana kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina :)

okay. soalan yang acap kali ditanya. we have been friends for almost 1 years. tak ke lama tu ? dari dulu selalu je fikir, agak2 boleh tak aku ni kahwin awal. kahwin muda. mcm tak sanggup je nak tanggung dosa2 sebelum ni. akak pernah ckp, masa tu ina call sekejap je dgn iz masa dlm kereta, tapi tu pun akak dah ckp, 'tengok tu, ckp mcm tu pun sebenarnya dah senang2 dapat dosa kering'. okay. terdiam ina. kalau nak difikirkan hari2 gayut sebelum ni. pasti ramai sentap bila baca ayat ni punya. asal ada boyfie, sape tak gayut kan ? nak cerita tu, cerita ni. tapi korang kena tahu. semua tu haram. disebabkan akak terlalu bnyk menegur silap2 ina, so, ina pun mcm tersentak. selama ni akak just memerhati je. she knows everything.

 tapi yang ina sgt2 bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, adalah dengan seorang akak yang memahami. dia tak suruh kami berpisah, tapi beliau sediakan sebuah jalan untuk kami bersama secara halal. halal sebagai pasangan suami isteri. siapa yang sanggup dah 'couple' sekian lama, tiba2 korg nak kena pisah. cuma orang yang betul2 kuat je yang sanggup! ina cakap based on my experiences. and i know sgt ramai couple skrg. kalau boleh, ina nak bukak mata korang sume. tanya direct pada pakwe korang, awak nak kahwin dengan saya tak? if dia nak, segerakan apa yang patut. if diorang tak nak, tak ready la, ape laa, okay. korang better BREAK! seriously. lelaki yang serious cuma 1 aje tujuan dia berkawan dengan korang, nak jadikan korang permaisuri dalam hidup dia. kalau tak, better korang cari je la lelaki yang lebih bertanggungjawab dari dia. kalau dia bagi alasan nak ada rumah dulu, kerja dulu, nak rasa duit sendiri dulu. DONT COUPLE. easy :) 

tak pelik ke, kenapa ina terus je fikir nak kahwin? tak keluar langsung isu tunang. masa bincang2 dengan iz, kitorang cuma cakap, tentang KAHWIN sahaja. kahwin yang menghalalkan segalanya..kahwin untuk mendapatkan reda Ilahi. kahwin untuk menjaga kehormatan diri. ada apa dengan tunang? sebuah ikatan tanda hang dah cop depa. cop je kot, belum boleh buat pape lagi. kan senang KAHWIN terus. haha hang buat la apa hang sukaa. :)

teringat dulu, ada orang ckp dekat ina. kenapa tak tunang je dulu? habis belajar baru kahwin. dia tunang 5 tahun. kawan pun dah lama. adoi. ni rasa nak gelak guling-guling. tunang tu ada menghalalkan apa2 ke ? tunang is just such an adat okayy. ina sendiri tak tunang pun! haha taknak. nak terus yang halal je. mcm arwah ayah ckp dulu, anak2 ayah semua, kalau tunang pun, paling lama ayah izinkan 3bulan je. takdo la sampai bertahun2 -.-" buat tambah dosa ekau ajo. i want something yang halal, yang dapat reda Allah, and i chose, married! =)

arwah ayah selalu nasihat. ina, belum kahwin ni berhubungan dengan lelaki bukan mahram, semuanya BALA, dah kahwin, semuanya PAHALA. okay. sentap lagi~ tapi memang sgt betul apa yang ayah ckp. terima kasih ayah..

umi ada cakap, apa salahnya nak kahwin awal. sebab kan ada hadis yang cakap, kalau anak nak berkahwin, dah sampai seru, parents kena kahwinkan. 

Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda:   “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

mcm mana  kekalkan hubungan 1tahun tu ?

emm bukan kitorang tak pernah ada masalah, bukan tak pernah gaduh, bukan tak pernah nak berpisah semua. biasalah, mengharap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. macam2 kami pernah lalui before kahwin hari tu. and pernah 1 time, the final one, kitorang break up. that incident jadi turning point dalam hidup kami and menjadikan kami serious dalam hubungan ni. tapi ntah la. dah tercatat di Luh Mahfuz, dia jodoh ina. so, sejauh mana kami pergi, sejauh mana kami lari, alhamdulillah, Allah temukan jua kami. dan kini dengan ikatan yang sah.

sebenarnya ina nak nasihat. tempoh perkenalan tak menjamin bahagia. yes! sometimes, korang maybe boleh boring dengan pasangan korang. org sume tanya, eh, kau tak boring ke dah lama ngn suami kau? emm sbb ina ni jenis susah nak boring. dah suka 1, 1 je laa sampai ke sudah. thats why la masih okay sampai ke hari ni. senang kata kan, korang tak payah la nak dok bangga, eh aku dah 3 tahun kapel, aku dah 4 tahun, aku dah 5 tahun and what so ever laahh. itu tak menjamin apa2 langsung! i pernah do the same mistakes before this. konon menghitung la every year, bila fikir balik, alahai, ape laa pandai sgt aku ni. buat keje nonsense aje. tapi cuba nnt dah kahwin, haaa. time tu, hang dok menghitung hari2 pun takpo. lagi lama, lagi berkat. alhamdulillah kan? the best thing is kawan sekejap and then, get married. takpun, bercinta lepas kahwin. contoh terbaik, ustazah fatimah syarha laa :) confirm, korang akan rasa nikmat perkahwinan tu lebih dari apa yang orang dah lama kapel. 1 mslh bila dah lama kapel, korg mungkin akan terbawa2 kisah silam lalu ke alam perkahwinan. thats problem! unless you managed to delete all those bad memories between you and him/her. sometimes, benda2 mcm ni boleh menggangu rumah tangga korang. lagi2 kaki mengungkit, haihh. itu memang mintak makan sup kaki je laa -.-" 

my advice, kalau tak bersedia lagi nak kahwin, jangan couple. siapa je yang couple lama2 boleh kekal sampai kahwin. ada tu tukar2 lagi. lagi lah. tapi kekalnya tak jugak. kahwin tak jugak. tak taw den nak kato apo. jaga agama, jaga batas, jaga ikhtilat. Allah tu Maha Pengasih. Allah dah tetapkan sapa jodoh kita, if we keepp searching, jap dengan org ni, then putus. eh, dia bukan jodoh aku. jap dengan orang ni plak. putus jugak. eh dia pun bukan jodoh aku. haaa, sampai ke sudah la keje kau dok couple putus then ckp dia bukan jodoh aku. Allah lebih mengetahui tentang semua ni. serahkan pada DIA. insya Allah. cuma yang penting, persiapkan diri kita jadi orang yang lebih baik. supaya orang yang kita dapat, selayaknya dengan kita.insya Allah.

apa persediaan yang perlu dibuat?

first thing, dapatkan restu kedua-dua belah pihak. baik pihak bakal suami ataupun bakal isteri. haaa, part ni ina tekankan. memang sgt2 penting! kalau diorang tak restu, korang batalkan je la niat tu. kalau nak jugak, kena pandai la slow talk semua. tapi kalau paksa, better dont. perkahwinan bukan sehari dua, ia untuk selamanya. kalau mak bapak korang tak setuju, tang mana nak datang berkatnya? lebih2 lagi kahwin awal ni. sape yang nak keluarkan bajet2 untuk korang kahwin nnt ? jangan fikir pendek, fikir tok jangka masa panjang. kalau parents tak bagi, its mean, maybe ada hikmah. maybe diorang masih tak yakin yang korang ni dah boleh jadi husband/wife. diorang tak rasa korang boleh pikul tanggungjawab tu. so, korang kena la prove dekat mereka yang korang ni dah cukup matang untuk melayari alam rumah tangga! :)

ingat taw, "reda Allah terletak pada reda kedua ibu bapa.."

apa pandangan masyarakat?

part ni laa yang ramai tak lepas. alahai sahabat, apa ada dengan masyarakat ? kenapa dok fikir tentang kata2 manusia? tapi tak pernah nak fikir tentang kata2 Allah? bercinta tak takut, tapi nak kahwin takut?? haaaa, ni yang chek dok pelik ni. dah tentu bercinta pun kerana Allah. nak takut apa buat sesuatu yang betul di jalan Allah? kenapa? takut orang sekeliling mengata ? zaman moden nak kahwin awal? kenapa nak kahwin awal? haaa, ada apa2 ke? lagi laa kalau mulut mak cik kepoh tepi jalan tu haaa, "heii, anak si gayah tu, nak kahwin dah. umur baru 21 tahun. gatal sangat dah kot. tak pun, ntah2 dah ada pape". nauzubillah. mintak2 dijauhkan dari umpatan sebegini. dengar ya sahabat, kalau kita buat sesuatu di jalan Allah, insya Allah. orang ngumpat la kita, ngata la kita. suatu hari nanti Allah akan bersihkan nama kita. mungkin kita dihina di dunia, tapi kita dimuliakan di akhirat? which one do you prefer? i'm not the one yang suka dengar cakap orang. they can talk as long as they want to. i'm not afraid of them. manusia yang sama dengan kita. setaraf tak de beza 1 apa pun dengan kita. manusia ciptaan Allah SWT. i'm afraid of Allah. yes. only Allah. takut sangat melahirkan cinta terhadap manusia sehingga mengundang kemurkaan Allah. spread the love in the HALAL way. jangan bercinta lama2. syaitan menjadi orang ketiga and there is no istilah of cinta islamic. 

tapi alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan kami berdua. there is no such umpatan and what so ever. malahan, Allah hantar ramai sahabat2 baru buat kami. sahabat yang merestui perjuangan kami. berkahwin pada usia muda. yang pastinya tak ramai terfikir tentang ini. 

perlu ke jadi seorang yang baik? muslimah?

for this thing, nak tak nak is up to yourself. tapi sesungguhnya wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik. jadi baik bukan semata-mata nak dapat lelaki alim, waraq, beriman. no. you're totally wrong! korang cuma macam berlakon kalau macam tu. dah tiba nanti korang dapat apa korang nak, everything hilang. tu yang ada kes, masa dia kahwin, pakai tudung, pakai baju bertutup, tiba dia cerai. habis semua. tudung ke mana, baju ketat, aurat semua dah tak terjaga. nauzubillah. 


Ada lelaki yang suka buat maksiat, yang tak pernah ikut pun perintah Allah, kononnya, ni zaman muda remaja dia. zaman dia berseronok. tetapi bila hendak berkahwin dia nak cari gadis yang baik dan beriman.biasa kan kita dengar kes macam ni?
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]


berubah kerana Allah. tak semua orang yang kahwin tu mesti jadi baik. tak. sometimes baik tu boleh dipupuk dalam alam perkahwinan. bergantung kepada bakal 'imamnya'. baik ni terlalu subjektif. being a muslimah yang menjaga kehormatan diri, menjaga aurat sebaiknya, menjaga tutur kata, ikhtilat dan sebagainya. thats the best. its depends on you. but remember, kamu wahai hawa bakal menjadi ibu suatu masa kelak. adakah kamu ingin melihat anak2mu hidup bergelumang dosa? hidup bebas? tidak menghormati ibu bapa? ibu bapa yang mecorakkan anak2. bagaimana anak2 nak jadi muslim dan muslimah yang diredai Allah, yang menjadi pejuang, penegak syiar Islam jika bondanya tidak dipenuhi dadanya dengan iman kepada Allah? Subhanallah. hidup kita tak panjang..bila2 saja boleh ditarik. jangan tunggu dapat hidayah, hidayah itu perlu dicari..

ada jugak yang dah kahwin, tapi free hair kan? ada jugak yang masih bebas. tapi dia bahagia je. take note. itu urusan mereka dengan Allah kelak. dah taw benda tu salah, janganlah berfikiran sempit sangat pergi ikut! -.-" kita cuba cari reda Allah tapi mcm mana nak dapat kalau kita buat perkara yang Allah murka? tak ikut perintah Allah? renung-renungkan.


Bahagia ke kahwin awal?

Alhamdulillah syukurr yang aaaammmmaaaatttt sangat pada Allah :') kami sangat2 bahagia. solat sama2. baca Quran sama2. ya Allah. bestnya.. pasni prepare utk Qiamullail sama2. :) ina ni jenis tak boleh berenggang dengan suami. hehe cik abang tu pun sama. kalau kitorang kat rumah, kat mana ada iz, kat situ la ada ina. jauh seminit pun rindu :p haha hiperbolanya ayat! haha dah halal okay, nak berkepit 24/7 pun takpe. Allah lagi suka. suami isteri berkasih sayang. waaaaa, everything is pahala! sukanyaaa :') heeee 

kami pernah gaduh tak? haha kelakar rasanya. sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi kami suami isteri. so far, gaduh tu cuma pasal attitude laa. pasal orang lain, alhamdulillah tak pernah lagi. kami ni even dah 1 tahun kenal, tapi masih lagi dalam proses mengenali hati masing2 taw. haha bila mana suami tak suka itu, tak suka kita buat ini, kita dah biasa buat, bila nak ubah susah sikit kan. kat situ la kadang2 boleh jadi sedkit pertelingkahan. tapi so far, okay je. insya Allah. at least ina dah ade kat depan kan, kita buat muka comel sikit, dah sejuk hati cik abang tu. haha nak bahagia senang, terima pasangan kita seadanya. dont expect much from him/her. insya Allah. 

sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis yang mana Nabi saw bersabda: “Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara iaitu hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah agama, nescaya engkau akan bahagia”.


Macam mana nak bahagikan masa belajar dengan suami?

simple je benda ni for me. time belajar, belajar la. time dengan suami, dengan suami laa. haha mcm mana tu? emm actually, dah kahwin ke belum, part belajar ni sama je for me. malah lebih berkat lagi rasanya. lagi kalau u sama. haaaa, boleh belajar sama2 taw. kan pembakar semangat tu. heee kalau korang malas, suami korang boleh tegur. and sebaliknya. bukannya 24 jam korang kena layan suami pun sampai takde masa nak belajar. kalau duduk sama,  mcm my hubby la, kalau duduk sama dia izinkan ina tak masak dll. sbb nak fokus belajar. weekend kan ada kalau nak masak, kemas rumah semua. kena ada give and take laa. takdo la hang dok rumah tu mcm suri rumah sepenuh masa pulak dah. encik suami pun kena la bertimbang rasa. suamiku pembakar semangatku! hehe kalau boleh taknak kalah pun dengan dia. kehkeh nak same level. dia 3 pointer, ina pun nak jugak. dia 4flat, ina pun nak jugak. haha even sebenarnya encik husband yang kena dapat result power2. apa salahnya kita si isteri dapat results power jugak. insya Allah =) 


Apa yang best kahwin awal?

kahwin awal. bukan kahwin awal je. asalkan namanya berkahwin. tentulah korang akan berkasih sayang. menyalurkan cinta melalui jalan and tempat yang halal. dan dengan berkahwin, segalanya PAHALA. asal korang buat baik je dengan suami/isteri kompem pahala. isteri ni orang yang palingggg senang nak kumpul pahala taw! senyum kat suami dah pahala, korang dok jeling2 suami pahala, eh, jeling manja, bukan jeling nak gaduh tu. haha korang tatap muka suami dengan kasih sayang pun pahala. Subhanallah. besarnya nikmat yang Allah beri kepada orang yang telah halal bercinta! kenapa perlu dikejar cinta yang belum tentu buat kamu? tak payah couple. korang couple korang belum tentu kahwin dengan orang tu. pelihara diri untuk bakal suamimu. korang nak ke dapat bekas2 orang? kalau korang pun bekas orang, tak mustahil suami pun bekas orang jugak -.-" orang sekarang couple, dah bukan couple. tapi mcm suami isteri dah. kenapa nak salurkan cinta dengan jalan yang salah? yang tentu2 HARAM. yang tentu2 korang dapat BALA, bukan PAHALA?

me myself. maybe pernah buat silap yang sama dulu. but now, i realise. ina nak bukak mata sahabat semua, salurkan cinta dengan cara yang halal. jangan cari cara yang mengundang kemurkaan Allah. orang nak cakap kat ina, eh kau dulu pun couple jugak. 1 tahun lagi. jumpa2 jugak. yess. so, kalau la ina ni ditarik masuk neraka atas kekhilafan diri dulu, korang nak ikut sama? sama2 masuk neraka disebabkan perkara yang sama? nauzubillah. kini ina alhamdulillah. insya Allah. segalanya dah selamat buat ina. tapi bukan korang. korang masih belum kahwin. belum nikah. belum sah. belum HALAL! dont act like husband and wife. like dunia ni  korang yang punyaaa. pleasee DONT. i dont want others do the same mistakes like i did before. couple before marriage. alhamdulillah la kan dapat kahwin dengan orang yang kita dok bercinta sebelum ni. kalau bukan? haaa, sudah. lebih2 lagi orang yang dah serah diri dekat boyfriend/girlfriend lambang 'cinta sejati' kononnya. kalau bukan that guy/girl yang jadi your husband/wife? korang tak kesian pada future husband /wife yang mengharapkan korang ni suci? i know. sangat ramai yang maybe dah mcm tu. sebab ina dengar macam2 cerita yang buat ina sendiri terfikir. ina nak jadi suatu pemangkin supaya korang boleh spread the love in halal way. tak payah dok bercintan-cintun, tup2 korang kahwin dengan orang lain. alahai. ni lagi la kesian. dalam bercinta there is no istilah 'try and error'. bercinta dengan yang tak halal, nikmatnya sekejap je. tapi bercinta dengan yang halal, insya Allah. nikmatnya hingga ke syurga. like me, dah halal, i feel totally different daripada couple dulu. yess. syg tu rasa lebih mendalam, cinta. nikmat yang Allah beri pada kami. perasaan sayang, rindu. jangan nak samakan yang HARAM dengan yang HALAL. sebab yang HARAM itu jelas, yang HALAL itu jelas. cuma manusia selalu sahaja menolak kebenaran, semata-mata nak mengejar sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah. nauzubillah. nak bercinta, berkahwinlah. tak nak kahwin, jangan bercinta. thats it. 

i know. ada yang tak setuju dengan kahwin awal. sebab ina ni beribu yang kenal ina, beribu dah komen, beratus2 mesej. mcm2 ina pernah dengar. yang daripada member punya member pun pernah dengar. sebab kisah mira kahwin awal ni spread sangat luas kan. ada yang tak setuju. mereka kata, eh buat apa nak kahwin2 awal ni. kitorang tak puas lagi nak hidup 'zaman bujang'. kitorang tak ready lagi nak jadi husband/wife. eei kenapa kolot sangat nak kahwin muda2, mcm dah ada pape je. tak nak la. nanti apa orang keliling cakap. nanti orang mengata la. tapi...sayangnya. percintaan mereka dengan kekasih hati masih lagi diteruskan seperti biasa..sedih kot tengok. kenapa lebih memilih yang HARAM dari yang HALAL? sekarang siapa yang otak sempit? otak orang yang takutkan dengan azab2 Allah atau otak orang yang lebih pentingkan nikmat dunia?? wahai sahabat, awak mampu cakap apa saja yang awak nak. tapi awak kena taw, apa yang awak buat tu HARAM.awak jaga penampilan awak. awak bertudung? kenapa? sebab awak takut dekat akhirat nanti Allah bakar rambut awak. alhamdulillah. awak pakai baju lengan panjang, seluar panjang.  stokin, kenapa? awak cuba untuk tutup aurat. sebab takut Allah murka bila awak buka aurat. alhamdulillah. tapi kenapa bila hal cinta, yang dah terang2 tertulis bercinta sebelum kahwin itu HARAM, tapi tanpa segan silu awak buat! tepuk dada, tanya iman. korang tak couple, tak bermakna korang kolot. no. tak bermaksud korang tak laku. tapi berbanggalah dengan korang yang tak couple, sebab korang berjaya dalam memelihara maruah diri dan agama daripada diceroboh lelaki asing! percayalah, korang lebih istimewa dan insya Allah terpelihara..

Sabda Rasulullah s.a.w: 
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)

i'm here not to show that oh, akulah yang paling baik sekarang. akulah yang paling mulia. NO! totally NO! ina dah one step ahead than korang. so, my experiences lebih banyak dari korang. yes, mungkin ina tak baik, tapi at least ina cuba untuk jadi baik. mungkin ina tak alim, tapi ina cuba jadi alim. i'm not the one that you should call as ustazah, i'm only a normal human being. not an extraordinary person. tapi ina semat dalam ingatan. matlamat hidup seorang insan hanya ada dua. beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi Allah. maybe i'm not the pemimpin, i'm not the ahli dewan, i'm not the ahli2 forum. but dengan secebis tinta ini mungkin mampu membuka mata korang. who knows? from my writing, Allah touch your heart. and you changed. who knows? at least, i try my best nak korang avoid benda yang sepatutnya korang jauhi. at least, i'm here dapat nasihatkan korang. at least i'm here, dah pernah ingatkan korang. sebab i'm too afraid, disebabkan kealpaan diri ini mengingatkan pada yang lain, diri ini turut ditarik masuk ke neraka jahannam. nauzubillah.. sahabat, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin sekejap lagi malaikat Izrail tarik nyawa kita. mcm mana kalau kita tak sempat taubat? mcm mana kalau amalan2 kita tak diterima Allah? semua semata2 sebab dosa2 kita ketika kita menyalurkan cinta dengan cara yang salah? ya Allah. takutnya aku! seperti masa yang diberi tak cukup2 untuk bertaubat kepadaMu. itu andai saja, kau sempat bertaubat. jika tidak?? nauzubillah. semoga kita semua meninggal dalam keadaan qalbun saleem yakni hati yang sejahtera..

Allah berfirman: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (At-Tahrin: 6)

ni ina ambil dari facebook dulu,


KELEBIHAN NIKAH:


saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami 'bersama' isteri ~ PAHALA!
main kenyit² mata dengan isteri ~ PAHALA! 


semuanyaa PAHALA :) tapi kena ingat, senang jugak dapat dosa kalau kita ingkar cakap suami! 
Apa keburukan kahwin awal?

nothing much to say about this. macam takde keburukan sangatlah. semua baik. haha emm tapi my advice la, if future husband korang jenis protective, tak bagi keluar g mana2 without him, and pulak tu korang ni jenis kaki jalan, jenis suka berkawan and what so ever. better jangan kahwin dulu. i'm afraid korang tak boleh adapt and rasa terkongkong. takut korang tak puas dengan 'zaman remaja' kononnya. even biasa suami larang tu, ada sebabnya. jangan pertikaikan. sebab lelaki ni akal dia 9. and biasanya berpandangan jauh.unless perempuan ni, fikir pendek and fikir seronok aje manjang. lagi 1, kalau jauh dengan suami, mungkin a little bit problem laa bagi yang tak boleh adapt. mungkin boleh jadi miscommunication. sebab jauh kan. kita dok habaq lain, depa dok terima lain. haaa, payah jugak kalau lagu tu. tapi if boleh adapt, insya Allah, takde apa. everything sandarkan pada Allah.

one more, tanggungjawab tu kena ada. kalau suka2 nak kahwin pun tak boleh jugak woo. kang ada anak bini buat mcm apa kang. perkahwinan is all about berkasih sayang, saling mencintai, mencari reda Allah, dll. berkahwin ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. tapi kena ingat, kalau takda istilah tanggungjawab, tak kemana la rumah tangga tu. si suami tak rasa bertanggungjawab nak didik isteri, si isteri pulak masih bebas mcm orang bujang. 

kena tahu jugak, orang muda ni ada amarah sendiri. almaklumlah orang kata darah muda. kadang2 tak matang. cepat melenting. so, kena pandai2 handle la. and tak pyh nak ikut darah muda sgt la. ikut sunnah rasulullah. jadikan contoh untuk membina sebuah rumah tangga sakinah. insya Allah.tak semua orang yang kahwin awal berjaya dalam perkahwinan, and tak semua yang kahwin awal tak bahagia. apa2 pun, its depend on how you handle your marriage. takde sebab kahwin muda ke kahwin tua ke. kahwin lambat pun, korang tak pndai handle marriage korang, boleh terjadi penceraian jugak. so, kahwin awal bukan sebab utama korang nak jadikan isu tentang penceraian. banyakkan baca buku2 agama and tentang perkahwinan la. insya Allah banyak membantu. perkahwinan yang tidak berjaya jugak mungkin disebabkan faktor tiada berkat dalam perkahwinan tersebut. lari menyimpang dari ajaran Islam dan bebas melakukan maksiat. nauzubillah.

CONCLUSION.

Kahwin awal ni dapat elakkan banyak perkara maksiat dll. lebih2 lagi zaman globalisasi ni haa. orang dok couple, terlanjur plak, dapat anak plak. okay, lepas tu rasa masa depan dah gelap, takut nak bagitaw parents, tu la jadi kes2 buang anak. ya Allah. anak anugerah Allah tu dia buat macam sampah. sedih sangat tengok :( kalau dah nikah, kan bagus. anak tu halal, nak bersama dengan suami pun halal. tak perlu la kau serah diri dekat pakwe kau and tanda cinta dan kasih paling AGUNG kononnya. nak serah diri sangat, haaa, kahwin cecepat! 

ina ni sekarang actually dah mcm motivator. haha adoi. bnyk sgt orang mintak pendapat semua. pernah seorang hamba Allah ni meluahkan rasa dia pada ina, dia cerita, dia dengan boyfriend dia nak kahwin, tapi family suruh habiskan belajar dulu sbb takut dia tak boleh study. tapi dia taw dia boleh. last2, dia terlanjur jugak, hidup mcm suami isteri for almost 2 years! korang boleh bygkan mcm mana dosa yang ditanggung mcm tu? nauzubillah. then, dia cakap dia nak bertaubat, nak kahwin, tapi family dia mintak 10K, tak nak bg nikah aje.padahal family diorang dah taw dah diorang kena tangkap dengan jabatan agama islam. diorang pun dah tak taw nak buat apa dah. sedih memg sedih. family diorang cakap kalau kahwin cepat2, nnt cousin2 fikir benda tak elok. lebih relakan penzinaan dari dirikan perkahwinan yang sah. dia ckp untung ina ada keluarga yang sgt memahami.

ya Allah. sungguh sebak ina dengar dia cerita. tapi on my opinion, semua salah. kenapa? yang depa tu pun dok tak boleh pikiaq, dah taw haramm, yang kau pegi dok serumah buat mcm korang tu laki bini dah kenapa?? alahaiii. kenapa la lebih pentingkan nafsu berbanding agama.yang bab family pulak tu, yang tu memg cukup2 tak faham. segan dengan cousin2 cakap?  tak nak nikah je. nak 10K? padahal taw anak dia berzina. dia biar je. apa ada pada duit berbanding hukum Allah. ya Allah. speechless den baca benda ni. kenapa ada jugak parents mcm ni ?? memang ina berdoa supaya kesemua mereka dibukakan pintu hati oleh Allah untuk berubah. 

ni baru 1 kisah. kalau nak story memang sgt bnyk. mcm2 cerita, mcm2 masalah, mcm2 pendapat ada. tapi alhamdulillah. ina cuba jugak bantu mereka, at least, bagi nasihat. yang dah pernah terlanjur semua. mungkin dengan sebaris kata mampu mengubah pandangan mereka terhadap dunia. siapa taw? ina hanya berkongsi ilmu. ilmu milik Allah yang dipinjamkan kepada ina. semoga bermanfaat buat yang lainnya. insya Allah.

"Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka".

I know, soal jodoh, nikah ramai sungguh yang berminat tentang hal ni. tapi before apa2 pun, istikharah..sebab kadang2 kita rasa benda tu cukup baik untuk kita, tapi sebenarnya, membawa sesuatu yang buruk bagi kita. Allah Maha Kaya lagi Maha Mengetahui. tak rugi minta pada Allah. insya Allah. pasti bahagia. rasanya dah panjang sangat  ina membebel. actually, terlalu bnyk benda yang orang tanya pada ina. sehingga ke hari ini. insya Allah, kalau diberi kesempatan, ina compilekan semua soalan tu and ina update dekat sini. buat perkongsian bagi yang lain. maaf jika ramai terasa, hanya 1 niat ina semoga kita sama2 ambil iktibar dan berubah ke arah yang lebih baik. insya Allah. maaf juga jika ada kekurangan dalam penulisan kali ini. mohon tegur jika ada tersilap. saya hanya manusia yang khilaf..ni semua original writing cuma ina ada buat beberapa research on this topik supaya dapat menguatkan lagi hujah2 yang sedia ada. maaf kalau bahasa ina tak la menggunakan ana, anti, antunna, semua. hehe ina memang mcm ni. rasanya bila cakap mcm biasa, orang lebih senang pahe. mudah sikit meresap dalam jiwe korang sume. ye dok? haha bak kata my hubby, be yourself. baik bos! hehe 


Rasulullah s.a.w bersabda: 
Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. 
(H.R. Bukhari dan Muslim)
last but not least, tiada kata seindah bahasa, diari ini sekadar perkongsian pengalaman semata, buat pengajaran bagi yang lainnya, tiada niat ingin menunjuk nikmat yang diberikanNya. sekian.

till here.
Entry ditaip oleh : Puan Zurina Binti Nuwawi :)

Assalamualaikum.

Sunday, 7 April 2013

Bicara seorang suami :)



Assalamualaikum :) 
Ini kali pertama aku m’geluarkn artikel dlm blog ni..

Aku Mohd Izuddin Bin Mohd Irwan Shah..suami kpd Zurina Binti Nuwawi..aku x arif dlm bidg penulisn kreatif ni mcm isteri aku yg comey tu(sje nk wt dy t’snym,snym itu sedekah sygku)..

First aku nk jwb soalan dr kwn2 aku..mcm mane aku ckp ngn parent yg aku nk kawen..actually aku juz ckp time odw aku bawa dyorg pg klinik..seng je ckp “umi abah, abg nk kawen ngn ina, family ina yg cdgkn n bb nafkah tu sume ktorg redha”..tp yg t’kjt nya abah bg jwpn slumber je “pd abah bgs la mcm tu”..mati2 pk dyorg akan t’kjt or tbe2 brake emergency ke..haha tp itu la parent aku..ape yg mereka pk aku xtahu tp mgkn mereka pd aku mereka pk tntg agama yg perlu dijge,redha Allah yg perlu dikejar,n mereka sygkn ank mereka ni xsngp tgk ank mereka trus2 dpt dosa kering..n tu je yg aku ckp kt parent aku..alhamdulilah xsgka mcm gitu mudh Allah bantu niat baek kami utk bersatu, dpt parents yg sgt memahami..

So time 2 aku msh b’pk ptt x kawen awl sume(mane xpk,ni tntg ms dpn)..tu yg dok pk then lama2 isteri aku ckp elok la kami kawen awl..pastu dy ckp kt family dy mcm yg dy cte before ni.. aku pun ckp je kt umi abah nk kawen..tu surh umi abah g merisik..tp actually bkn merisik kot cz aku pun join skaki cz ad bnda nk bncg lg utk p’jlsn bia d ms hdpn xjd pape..so simple..dan kami sebok2kn diri dgn p’siapn mental n fizikal utk mjls kami..tp tu la,xde la sume bnda aku wt sume owg sokg..ad la yg kurg b’setuju dgn plan ktorg tp pd aku yg penting kami dah dapat restu ibu bapa, so apa orang nak ckp just ignore that..cme kena dgr la jugak ape org nak ckp supaya boleh ambk langkah berjaga2 untuk elak ape yang mereka pk buruk tentang kawen awal ni..so insya Allah perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga and diredai Allah..amin..

Waktu nk kawen tu pun ad la yg m’bantu mcm fmily belah abah byk jgk sponsor..bj kawen nya,hantarn nya..actually kami plan xnk sume ni,tp ada ckp xsdp la dtg rumah owg tgn kosg..so tu yg ad la sedikt hntrn..so thanx utk kaum kerabat ku yg m’sponsor..hee n trima kasih kpd kaum keluarga belah abi n umi yg hadir memeriahkn mjls kami..smoga  hdp mereka d berkati Allah..amin…

So yg nk cte ni ms mjls b’langsung..time pg tu dh mula rase debor tu..tp msh cool..xnk la owg tahu aku dh cuak..pas subuh ad la sdkt kes yg t’jd..hee so t’pkse bncg ngn umi abah sume..so setel..than ad lg mslh cz den xde pngapit plak..ape2 je yg jd..haha mula2 umi aku pelawa kt kazen aku(kazen sehdp je..mati kubur sndri2)..hee tp dy xnk..pastu surh pak teh aku plak..dy pun sgn je..last umi ckp “xpela bia bang cik yg jd pngapit abang..tp jgn bgtahu dy”..tp 10mint pastu tbe angah aku ckp dy nk jd pngapit..cun la angah,syg angah lebih la mcm ni..hee so pas siap2 sume kami pun trus b’gerak ke tmpt kejadian..time smpai uma p’gntin pmpn,ad lg kes..cincin kawen tgl kt uma nginap plak..t’pkse la akak siti n pak cik fuad blik rumah ambk cincin(tq akak n pakcik, maaf m’yusahkn)..yg ktorg sume msuk je..owh tidak,sesungguhnya aku nevess..pas msuk n dok tu,tgu la tok imam dtg..imam yg dtg tu rupa nya geng abah..so okey la..slumber je...time akad nak dimulakan, imam tu baca mcm2 la.. n aku kena perbaharui syahadah sume..okay la..ble nak mula, aku dh mula telan air liur..kata tok imam " adk nak minum air dulu x??"...heee nmpk sgt ke aku cuak..so, bermula la dengan bismillah, aku sambut ijab tok imam dengan "aku terima nikahnya Zurina Binti Nuwawi dengan mas kahwin RM22.50 tunai dan kami sah bergelar suami isteri. rasa mcm nak wat sujud syukur je time tu. ( wahai sygku, kini kita telah bersatu dengan ikatan yang suci)..tu la, cuak2 pun sekali je dah lepas...alhamdulillah..bangga jgk la cz smlmnya dh bnyk berlatih dengan pak cik aziz..tq cik aziz...jasamu ku kenang..heee pastu dismbung dengan bacaan taklik n pesanan dari parents kami..

So dr cte t’sebut dpt la d simpulkn bhawa mjls kawen aku ni byk memerlukan bantuan sume org..thanx sgt2 kpd kaum kerabat n ahli keluarga ku..jasa mu hnya Allah yg dpt m’blsnya..memg kawen awl ni bkn bnda yg mudah nk d lakukn tp aku ada mereka sume yg m’bntu..akhr kata, doakn kebahagian aku n isteri d dunia n akhirat…kami xdela hebat atau mulia tp kami cbe m’jadi yg mulia d sisi Allah..thanx utk pujian dr org rmai utk kami,tp pd aku kami hnya insan biase yg cbe m’jd lebih baek..

P/s:klu nk kawen awl, bgs la mcm 2 tp pastikn niat tu btl n iltizam tu mst kuat..n yg pntg minx p’tnjk Allah..

Entry ditaip oleh : Encik Mohd Izuddin Bin Mohd Irwan Shah..

Assalamualaikum.



Kini Aku Bergelar Seorang Isteri :)



Assalamualaikum :)

okay, tajuk dah gempak. haha for those yang dah tahu, maybe doesnt matter. for those yang tak tahu, 'KAU BIAR BETUL ?????? '....

entry ni memang sgt panjang. kalau rasa nak baca, bacalah. law tak, jgn complain panjang sgt or what so ever. syuhh cepat2. haha

yeah, it is true. benar sebenar-benarnya dan tiada yang lebih benar melainkan yang benar. HAHA

kini aku bergelar seorang isteri. itu statement yang paling membahagiakan buat diriku setakat ini. heeee okay. dengan lafaz bismillah. ina mulakan cerita pasal sebuah perkahwinan yang baru sahaja dilangsungkan pada 1 April yang lepas. ina akan ceritakan kronologi perkahwinan kami :D

ina rasa, takde sorang pun yang taw tentang perkara ni. kenapa ? actually, perkara ni kitorang nak rahsiakan je. malas laa nak dgr macam2 pendapat orang luar. maklumlah manusia ni, ada yang anggap positif, but ada jugak yang anggap negatif. ina dengan iz memang dari dulu dah rancang nak kahwin awal. since start couple lg. lagipun, masa tu antara ina dengan iz aje. belum parents lagi. nk lepas parents lagi satu hal. alhamdulillah. pada Mac 2013, segalanya bermula apabila umi sendiri yang bagitaw, 'iz, abah cakap kalau iz nak kahwin awal pun boleh. lagi bagus, jaga syariat semua..' okay. itu statement paling MENGEJUTKAN ina penah dengar. ms tu ina makan malam bersama family iz. iz tak cakap ape2 lagi pasl ni, tapi abah dia dah keluarkan statement dulu. wahh. Abah iz tu strict orangnya. thats why, tak sangka, dengan mudahnya abah dia bagi. wah.wah.. haha maybe abah dia pun dah tahu, kitorang dah hampir setahun lebih berkawan. Setahun lebih tu,, banyak sgt kot dosa dah buat. once kitorang jumpa, dah dosa. haihh. alhamdulillah. Allah bukakan pintu hati ina, iz dan keluarga iz untuk perkara yang mungkin tak dijangka. kuasa Allah kan. ina dan iz hanya mampu merancang. dan alhamdulillah dipermudahkan :)

selepas tu, ina senyapkan dulu perkara ni. but one day, ina ckp dengan akak. 'akak, ina nak kahwin boleh ? ms anniversary ina dengan iz nnt, bulan 4? '. akak jawab, akak okay aje. nnt bgtaw maklong. tapi suruh la iz  masuk merisik dulu'. ya Allah. bahagia ekau taw tak ? haha terus excited. rasa mcm impian jadi kenyataan. heee terus bgtaw iz. then, alhamdulillah la. umi abah pun okay. tanggal 3 Mac 2013. okay,family iz masuk merisik. selepas bincang2 semua, nampaknya everything seems perfect! abah suruh iz buat istikharah semua dulu. tapi iz cakap dia dah buat semua and dah yakin. so, on aje laa :) wink wink >.< esoknya, abah dah amekkan borang semua. bermula di situ, kami dah busy2 prepare untuk kahwin. bukan buat persiapan kahwin baju semua tu taw. tapi tentang kursus, borang, interview. ina tak tipu. serious banyak gilaaaaaaaaa kena buat untuk kahwin ni.

on 9th and 10th of March, kitorang pergi kursus kahwin. masa tu tak ramai. bestt laa. tapi ramai orang dah berumur yang pergi dan saya pun mcm errrr aku slh pergi kursus ke. haha kawan ina masa kat sana, sorg kakak dari kelantan keje dekat Perak berumur 30-an, dan sorang India Muslim berumur 30-an juga. dan ina ? i'm only 21 ?? haha untungla ina ni peramah. mau tak orang dah berumur pun le jadi member. layannn.. ada lagi 1 pasangan sama umur dengan kitorang, 21 jugak. yang paling muda 21 laa. yang paling tua 45 i think. pun bolehh. heee so far, 2 hari berkursus, ina memang enjoyyyy gilaaa! erkk. mesti ke gilaaa. tu cuma nak tunjuk betapa amazing kursus tu. heee banyak yang kita akan belajar. dari segi ibadah, akidah, islam, komunikasi, masalah rumah tangga, penceraian, undang2 dan sebagainyaa. bnyk sesgt laa ilmu yang dpt. kebanyakkannya dah belajar dekat darjah khas, tapi lumrah manusia, mudah lupa. kursus ni mcm refreshment la for those yang dah taw. mungkin ada yang akan kata bosan and what so ever. tapi sebab ina dah niatkan, ya Allah. aku mengikuti kursus ni bukan hanya sebagai melepasi syarat untuk berkahwin, tapi untuk tambah ilmu di dada dan semoga ilmu yang aku dapat, dapat aku praktikkan dalam rumah tangga yang bakal aku bina kelak. insya Allah. ina serious tak penah rasa bosan sepanjang dua hari berkursus. alhamdulillah. segalanya bermula dengan niat...alhamdulillah. lepas satu step..

lepas tu, kitorang pergi buat ujian HIV dekat klinik. seram gilaa nak pergi. cuak la nk kene cucuk. haha ingatkan mcm amek darah dekat lengan tu. laa, rupanya cucuk kat jari je. same cm amek glucose level jugak. tapi i think, tahap kedalaman jarum tu sgt dalam. sebab sebelum ni ina penah cucuk, tak rasa sakit. but cucuk for HIV ni 2 hari weyhh bisa jari tu. haha layannn. sekejap je dah dpt keputusan. dalam 15 minit kot. nnt results tu diorang masukkan dlm sampul biru. dan alhamdulillah. lepas semuanyaaaa. huhu lepas lagi satu step.

lepas tu, kitorang kene pergi pejabat daerah pulak. nak amek surat akuan bujang. pelik2 je. kene eh surat akuan bujang. haha layann. then, tinggal siapkan semua borang2 and dokumen yang dia nak. eh, semua ni bukan buat 1 hari taw. dalam masa sebulan jugak kitorang siapkan semua ni. payah jugak nak kahwin rupanya kan. haha almaklumlah, selama ni mane la penah taw prosedur nak kahwin bnyk sungguh mcm ni. ingatkan lama lagi. tak sangka rezeki dapat kahwin awal. heee last but no least, interview. oraitt. ina rasa perkara ni laa yang paling ramai orang cuak. haha ina pun included laa jugak. gegel2 nak pi tu. haha yang interview ina    sorang ustazah. ina dah penah jumpe ustazah tu dekat kursus kahwin. ustazah tu cantik. tak tipu. haha ina kene interview, asek la dok pandang muka dia. haha suci gilaaa. teeheeee ;) korang lek je law kene interview. diorang tak makan orang laa. biasenya laa kan, masa kursus kahwin kdg2 dia dah bg soklan bocor. huhu time ina yang dia tny, kalimah syahadah, tanggungjwb isteri, al-fatihah, and so on la. tapi kira semua basic questions laa. law org islam, korg wajib taw la benda2 ni. iz plak kene tny, al-fatihah, kalimah syahadah, doa mandi hadas, tanggungjwb suami, dan lain2. simple bukan ? dan kitorang lepas dengan jayanyaa. wahh! haha ustazah tu cakap, 'saya suka tengok awak ber2 kahwin awal. sebab dulu pun saya kahwin awal. saya dengan suami saya belajar dekat Universiti AL-Azhar, Mesir. dekat sana susah nak lulus dia ckp. tapi alhamdulillah. pas kahwin, berkat Allah, diorang berdua lulus cemerlang. ' diorang pun kahwin awal jugak. uztazah tu lepasan undang2, suami dia pulak hakim mahkamah syariah.kitorang dengar wahh. heeee insya Allah. ade rezeki lepas ni, kitorang dptkan degree ;) kira dah lepas laa semua prosedur kahwin. tinggal kahwin je. heee

okay, lepas tu, hari berlangsungnya majlis. kitorang pilih tanggal 1 April 2013. alhamdulillah. majlis bermula pukul 9.00 am dan dengan hanya sekali lafaz, tepat jam 9.35 am, kami berdua sah sebagai suami isteri. masa tu, serious rasa nak menangis. tapi tahan, kita kene cool beb! haha debar jantung lagi la jgn ckp. korang bayangkan, kita jadi perhatian semua orang hari tu. segan gilaaa. huhu dan first time ina kene make up. kalau ikut ina tak nak. biase2 sudah. haha tapi maksu laaa. mula2 nk simple. last jadi cm wedding betul jugak. dengan baju nikahnya semua. layannn. haha ramai orang cakap, majlis kitorang ni paling simple. ustaz kitorang simple gilaaa. haha biasanya ada kena baca2 yg untuk keluarga sakinah law tak silap. anak kena baca, law tak mampu, ibu yang baca. tapi time kitorang takde plak. bagus gak. jimat masa. semua orang gembira. haha sudahhh :P hari tu, memang sangat2 penat.

urmm, ramai yang tanya, npe tak jemput semua. okayy. bukan tak jemput, tapi majlis ni memang majlis untuk family. kalau once ina dah jemput member, mau tak 1 sekolah kene jemput. member ramai sgt laa. so, paklong yang ckp member nnt tunggu majlis besar. okayy. pertanyaan lain. bila majlis besar ? urmm hal tu masih dalam perbincangan. insya Allah nak buat after degree. sebab nnt dah keje, dah ada duit sendiri. dah boleh buat majlis best2. haha tapi ramai yg suruh buat cepat. haihh. law dgr pendapat semua org, memang kepala boleh berpusing 360 degree tahu! tengok laa nnt. kuasa Allah. ada rezeki cepat, cepat laa. law tak, insya Allah akan dtg nnt. yang majlis besar nanti, insya Allah ina jemput semua. kalau ada yang ina lupa jemput, bgtaw eh nnt. heee

selepas 5 hari nikah, kawan serumah and sekelas taw.. haaaa, masa tu baru semua orang taw. haha memang pelbagai respons yang kami dapat. ada yang pelik, ada yang suka, ada yang jeles, ada yang ckp kitorg ni cm buat benda gilaa tapi ada jugak yang stuju dgn perkahwinan kami. almaklumlah kahwin awal kan.okayy. ina nak tekankan kat sini. sebarang kata2 luar, memang tak penah masuk pun dalam kepala otak ina. benda tu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. but yang baik ina jadikan teladan ;) tapi untuk kata2 nista, just tok menjatuhkan orang bagai, benda tu nothing for me. know why ? because Allah knows the best for me. kahwin muda perlukan banyak pengorbanan. kesetiaan, kejujuran. timbang rasa. toleransi. banyak laa law nak senaraikan. once you dah ready, what you are waiting for ? just go for it. insya Allah. Allah sentiasa ada untuk kita. kitorang buat benda yang menentang arus, dirasakan sangat pelik. tapi orang yang bertunang 4, 5 tahun tak pelik kan ? bawak kehulu kehilir bukan satu benda yang pelik kan ? alaaa, tu kan tunang dia. thats our normal Malaysian mentality. common guys. open sikit. benda ni benda baik. untuk jaga syariat. jaga batas. takde yang perlu dipelikkan. orang cakap mcm2, perlu ke kau risaukan sgt ? as long kau tetap di jalan Allah, dpt restu ibu bapa. live your life okayy! macam kitorang, or more to ina, ina rasa selamat sangat sekarang. hidupp sangat2 bahagia. ade umi dengan abah. ade umi dengan abi. adik2 bertambah2. ade kakak, ade abang. and last but not least, ada suami yang sangatt2 penyayang and memahami :D you know what, maybe terlalu awal kalau ina nak terangkan everything here. kitorang pun baru seminggu kahwin. but untuk make sure you punya rumah tangga bahagia. cuba untuk jadi perfect di mata Allah. insya Allah you will be perfect for your husband. tak semestinya kahwin muda kekal lama. kalau hidup tetap dengan gaya hidup bebas, tak jaga hubungan dengan Allah. tak. Allah yang tentukan segalanya. hidup berlandaskan syariat Allah.yakin padanya. insya Allah. tiada yang lebih membahagiakan buat kamu.

ina ni dikatakan berani kerana berani kahwin awal. bak kat orang kan, berani kerana benar. sekarang ni bila dah kahwin awal. rasa makin dekat diri dengan Allah. dah boleh jadi biro dakwah plak skang rasa. heee insya Allah. sama2 kita dekatkan diri dengan Allah. nanti ina akan story2 lagi pasal ina insya Allah. gambar ina upload dekat sini je. itupun hanya orang yang ina bagi tengok aje boleh nengok ;) arahan suami saya :D heeee dah kahwin ni tak boleh la lawan cakap suami kan. kat sini ina show 3, 4 gambar aje okayy :)

tapi kan ina tetap respect pada yang nak kerja dulu, dptkan duit dulu dan lain-lain. ye. everything needs money kan ? majlis ina tu pun even kecik2, tapi telan belanja besar. sebab mcm2 nak kena settlekan. memandangkan family iz agak berada, maybe it doesnt matter la kot. tapi kalau yang kurang berkemampuan, mesti mak ayah rasa berat kan. for that, ina rasa better you all kerja dulu laa. other choice if nak jugak married, just kahwin dekat pejabat kadi. memang korang tak keluar 1 sen pun. jimat tak jimat la kan :) heee pada yang kejar kerjaya dulu, its okayy. tapi ingat, perkara yang baik jangan dilengah-lengahkan. tu je laaa.

oh, yaa. mesti korang tanya pasal hantaran kan ? haha okayy. ina takde hantaran masa majlis hari tu. cuma mas kahwin je la. RM22.50. paklong cakap tunggu majlis besar nanti. mudah je kan nak kahwin ni. nnt hantaran ina pun RM10000 je. itu pun, law ikut ina, tak pyh laa. kalau boleh tak nak susahkan iz pun... tapi duit tu bagi pada maklong paklong kan. so, takpe la law gitu. balas jasa diorang dah jaga ina selama ni. urmm lagi satu, nak kahwin ni tak susah. korang jangan dok terikat sangat pada adat! yang penting rukun nikah cukup. setel. tak payah pening2 kena fikir ada tu la, ade ni laa. duniawi je kott. orang dulu2 punya pepatah, biar mati anak tapi jangan mati adat. ada ke patut cm tu ? padahal anak tu anugerah Allah. ada 3 perkara yang akan kita bawa sampai mati. pertama, amalan kita, kedua sedekah amal jariah, dan ketiga doa anak yang soleh. jangan susah2kan diri okayy ? Islam tak susah :)

Haaaaa...tapi jangan la pulak korang punya pakwe ke makwe tu hampeh korang nak buat laki or buat bini. korang rasa boleh kekal lama ke ? tu satu hal lagi. kahwin untuk seumur hidup. bukan sehari dua. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. remember this, jodoh pertemuan di tangan Allah. kadang2 kita rasa dia jodoh kita, but actually it is not! segalanya terletak di tangan Allah. reda, tawakal, istikharah is the best way to find our jodoh ;)
apa-apa pun, kahwin cuma untuk memanjangkan zuriat dan melaksanakan tuntutan syarak. tapi mencari reda Ilahi tetap paling penting dalam apa jua yang kita lakukan. insya Allah. once Allah reda, segalanya akan jadi mudah. inaa banyak sangat ckp mengenai Allah and agama here kan ? why ? sebab ina yakin dengan kuasa Allah. sangat2 yakin dan percaya akan kuasa-NYA. kebanyakkan orang sekarang mengucap kalimah syahadah, mulut kata yakin. tapi pakaiannya subhanallah. ibadahnya ke mana. hurmm ina bukan menuding pada sapa2. tapi untuk ingatan diri sendiri juga. insya Allah. kita cuba jadi yang terbaik :D

sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, nescaya kamulah orang yang paling bahagia :)


kini aku bergelar seorang isteri..alhamdulillah.

memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi :)

didik ina jadi isteri yang solehah sayang...



last but not least :
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

thats all from me. insya Allah kita jumpa lagi di entry akan datang :D
Assalamualaikum...