Sunday 7 April 2013

Kini Aku Bergelar Seorang Isteri :)



Assalamualaikum :)

okay, tajuk dah gempak. haha for those yang dah tahu, maybe doesnt matter. for those yang tak tahu, 'KAU BIAR BETUL ?????? '....

entry ni memang sgt panjang. kalau rasa nak baca, bacalah. law tak, jgn complain panjang sgt or what so ever. syuhh cepat2. haha

yeah, it is true. benar sebenar-benarnya dan tiada yang lebih benar melainkan yang benar. HAHA

kini aku bergelar seorang isteri. itu statement yang paling membahagiakan buat diriku setakat ini. heeee okay. dengan lafaz bismillah. ina mulakan cerita pasal sebuah perkahwinan yang baru sahaja dilangsungkan pada 1 April yang lepas. ina akan ceritakan kronologi perkahwinan kami :D

ina rasa, takde sorang pun yang taw tentang perkara ni. kenapa ? actually, perkara ni kitorang nak rahsiakan je. malas laa nak dgr macam2 pendapat orang luar. maklumlah manusia ni, ada yang anggap positif, but ada jugak yang anggap negatif. ina dengan iz memang dari dulu dah rancang nak kahwin awal. since start couple lg. lagipun, masa tu antara ina dengan iz aje. belum parents lagi. nk lepas parents lagi satu hal. alhamdulillah. pada Mac 2013, segalanya bermula apabila umi sendiri yang bagitaw, 'iz, abah cakap kalau iz nak kahwin awal pun boleh. lagi bagus, jaga syariat semua..' okay. itu statement paling MENGEJUTKAN ina penah dengar. ms tu ina makan malam bersama family iz. iz tak cakap ape2 lagi pasl ni, tapi abah dia dah keluarkan statement dulu. wahh. Abah iz tu strict orangnya. thats why, tak sangka, dengan mudahnya abah dia bagi. wah.wah.. haha maybe abah dia pun dah tahu, kitorang dah hampir setahun lebih berkawan. Setahun lebih tu,, banyak sgt kot dosa dah buat. once kitorang jumpa, dah dosa. haihh. alhamdulillah. Allah bukakan pintu hati ina, iz dan keluarga iz untuk perkara yang mungkin tak dijangka. kuasa Allah kan. ina dan iz hanya mampu merancang. dan alhamdulillah dipermudahkan :)

selepas tu, ina senyapkan dulu perkara ni. but one day, ina ckp dengan akak. 'akak, ina nak kahwin boleh ? ms anniversary ina dengan iz nnt, bulan 4? '. akak jawab, akak okay aje. nnt bgtaw maklong. tapi suruh la iz  masuk merisik dulu'. ya Allah. bahagia ekau taw tak ? haha terus excited. rasa mcm impian jadi kenyataan. heee terus bgtaw iz. then, alhamdulillah la. umi abah pun okay. tanggal 3 Mac 2013. okay,family iz masuk merisik. selepas bincang2 semua, nampaknya everything seems perfect! abah suruh iz buat istikharah semua dulu. tapi iz cakap dia dah buat semua and dah yakin. so, on aje laa :) wink wink >.< esoknya, abah dah amekkan borang semua. bermula di situ, kami dah busy2 prepare untuk kahwin. bukan buat persiapan kahwin baju semua tu taw. tapi tentang kursus, borang, interview. ina tak tipu. serious banyak gilaaaaaaaaa kena buat untuk kahwin ni.

on 9th and 10th of March, kitorang pergi kursus kahwin. masa tu tak ramai. bestt laa. tapi ramai orang dah berumur yang pergi dan saya pun mcm errrr aku slh pergi kursus ke. haha kawan ina masa kat sana, sorg kakak dari kelantan keje dekat Perak berumur 30-an, dan sorang India Muslim berumur 30-an juga. dan ina ? i'm only 21 ?? haha untungla ina ni peramah. mau tak orang dah berumur pun le jadi member. layannn.. ada lagi 1 pasangan sama umur dengan kitorang, 21 jugak. yang paling muda 21 laa. yang paling tua 45 i think. pun bolehh. heee so far, 2 hari berkursus, ina memang enjoyyyy gilaaa! erkk. mesti ke gilaaa. tu cuma nak tunjuk betapa amazing kursus tu. heee banyak yang kita akan belajar. dari segi ibadah, akidah, islam, komunikasi, masalah rumah tangga, penceraian, undang2 dan sebagainyaa. bnyk sesgt laa ilmu yang dpt. kebanyakkannya dah belajar dekat darjah khas, tapi lumrah manusia, mudah lupa. kursus ni mcm refreshment la for those yang dah taw. mungkin ada yang akan kata bosan and what so ever. tapi sebab ina dah niatkan, ya Allah. aku mengikuti kursus ni bukan hanya sebagai melepasi syarat untuk berkahwin, tapi untuk tambah ilmu di dada dan semoga ilmu yang aku dapat, dapat aku praktikkan dalam rumah tangga yang bakal aku bina kelak. insya Allah. ina serious tak penah rasa bosan sepanjang dua hari berkursus. alhamdulillah. segalanya bermula dengan niat...alhamdulillah. lepas satu step..

lepas tu, kitorang pergi buat ujian HIV dekat klinik. seram gilaa nak pergi. cuak la nk kene cucuk. haha ingatkan mcm amek darah dekat lengan tu. laa, rupanya cucuk kat jari je. same cm amek glucose level jugak. tapi i think, tahap kedalaman jarum tu sgt dalam. sebab sebelum ni ina penah cucuk, tak rasa sakit. but cucuk for HIV ni 2 hari weyhh bisa jari tu. haha layannn. sekejap je dah dpt keputusan. dalam 15 minit kot. nnt results tu diorang masukkan dlm sampul biru. dan alhamdulillah. lepas semuanyaaaa. huhu lepas lagi satu step.

lepas tu, kitorang kene pergi pejabat daerah pulak. nak amek surat akuan bujang. pelik2 je. kene eh surat akuan bujang. haha layann. then, tinggal siapkan semua borang2 and dokumen yang dia nak. eh, semua ni bukan buat 1 hari taw. dalam masa sebulan jugak kitorang siapkan semua ni. payah jugak nak kahwin rupanya kan. haha almaklumlah, selama ni mane la penah taw prosedur nak kahwin bnyk sungguh mcm ni. ingatkan lama lagi. tak sangka rezeki dapat kahwin awal. heee last but no least, interview. oraitt. ina rasa perkara ni laa yang paling ramai orang cuak. haha ina pun included laa jugak. gegel2 nak pi tu. haha yang interview ina    sorang ustazah. ina dah penah jumpe ustazah tu dekat kursus kahwin. ustazah tu cantik. tak tipu. haha ina kene interview, asek la dok pandang muka dia. haha suci gilaaa. teeheeee ;) korang lek je law kene interview. diorang tak makan orang laa. biasenya laa kan, masa kursus kahwin kdg2 dia dah bg soklan bocor. huhu time ina yang dia tny, kalimah syahadah, tanggungjwb isteri, al-fatihah, and so on la. tapi kira semua basic questions laa. law org islam, korg wajib taw la benda2 ni. iz plak kene tny, al-fatihah, kalimah syahadah, doa mandi hadas, tanggungjwb suami, dan lain2. simple bukan ? dan kitorang lepas dengan jayanyaa. wahh! haha ustazah tu cakap, 'saya suka tengok awak ber2 kahwin awal. sebab dulu pun saya kahwin awal. saya dengan suami saya belajar dekat Universiti AL-Azhar, Mesir. dekat sana susah nak lulus dia ckp. tapi alhamdulillah. pas kahwin, berkat Allah, diorang berdua lulus cemerlang. ' diorang pun kahwin awal jugak. uztazah tu lepasan undang2, suami dia pulak hakim mahkamah syariah.kitorang dengar wahh. heeee insya Allah. ade rezeki lepas ni, kitorang dptkan degree ;) kira dah lepas laa semua prosedur kahwin. tinggal kahwin je. heee

okay, lepas tu, hari berlangsungnya majlis. kitorang pilih tanggal 1 April 2013. alhamdulillah. majlis bermula pukul 9.00 am dan dengan hanya sekali lafaz, tepat jam 9.35 am, kami berdua sah sebagai suami isteri. masa tu, serious rasa nak menangis. tapi tahan, kita kene cool beb! haha debar jantung lagi la jgn ckp. korang bayangkan, kita jadi perhatian semua orang hari tu. segan gilaaa. huhu dan first time ina kene make up. kalau ikut ina tak nak. biase2 sudah. haha tapi maksu laaa. mula2 nk simple. last jadi cm wedding betul jugak. dengan baju nikahnya semua. layannn. haha ramai orang cakap, majlis kitorang ni paling simple. ustaz kitorang simple gilaaa. haha biasanya ada kena baca2 yg untuk keluarga sakinah law tak silap. anak kena baca, law tak mampu, ibu yang baca. tapi time kitorang takde plak. bagus gak. jimat masa. semua orang gembira. haha sudahhh :P hari tu, memang sangat2 penat.

urmm, ramai yang tanya, npe tak jemput semua. okayy. bukan tak jemput, tapi majlis ni memang majlis untuk family. kalau once ina dah jemput member, mau tak 1 sekolah kene jemput. member ramai sgt laa. so, paklong yang ckp member nnt tunggu majlis besar. okayy. pertanyaan lain. bila majlis besar ? urmm hal tu masih dalam perbincangan. insya Allah nak buat after degree. sebab nnt dah keje, dah ada duit sendiri. dah boleh buat majlis best2. haha tapi ramai yg suruh buat cepat. haihh. law dgr pendapat semua org, memang kepala boleh berpusing 360 degree tahu! tengok laa nnt. kuasa Allah. ada rezeki cepat, cepat laa. law tak, insya Allah akan dtg nnt. yang majlis besar nanti, insya Allah ina jemput semua. kalau ada yang ina lupa jemput, bgtaw eh nnt. heee

selepas 5 hari nikah, kawan serumah and sekelas taw.. haaaa, masa tu baru semua orang taw. haha memang pelbagai respons yang kami dapat. ada yang pelik, ada yang suka, ada yang jeles, ada yang ckp kitorg ni cm buat benda gilaa tapi ada jugak yang stuju dgn perkahwinan kami. almaklumlah kahwin awal kan.okayy. ina nak tekankan kat sini. sebarang kata2 luar, memang tak penah masuk pun dalam kepala otak ina. benda tu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. but yang baik ina jadikan teladan ;) tapi untuk kata2 nista, just tok menjatuhkan orang bagai, benda tu nothing for me. know why ? because Allah knows the best for me. kahwin muda perlukan banyak pengorbanan. kesetiaan, kejujuran. timbang rasa. toleransi. banyak laa law nak senaraikan. once you dah ready, what you are waiting for ? just go for it. insya Allah. Allah sentiasa ada untuk kita. kitorang buat benda yang menentang arus, dirasakan sangat pelik. tapi orang yang bertunang 4, 5 tahun tak pelik kan ? bawak kehulu kehilir bukan satu benda yang pelik kan ? alaaa, tu kan tunang dia. thats our normal Malaysian mentality. common guys. open sikit. benda ni benda baik. untuk jaga syariat. jaga batas. takde yang perlu dipelikkan. orang cakap mcm2, perlu ke kau risaukan sgt ? as long kau tetap di jalan Allah, dpt restu ibu bapa. live your life okayy! macam kitorang, or more to ina, ina rasa selamat sangat sekarang. hidupp sangat2 bahagia. ade umi dengan abah. ade umi dengan abi. adik2 bertambah2. ade kakak, ade abang. and last but not least, ada suami yang sangatt2 penyayang and memahami :D you know what, maybe terlalu awal kalau ina nak terangkan everything here. kitorang pun baru seminggu kahwin. but untuk make sure you punya rumah tangga bahagia. cuba untuk jadi perfect di mata Allah. insya Allah you will be perfect for your husband. tak semestinya kahwin muda kekal lama. kalau hidup tetap dengan gaya hidup bebas, tak jaga hubungan dengan Allah. tak. Allah yang tentukan segalanya. hidup berlandaskan syariat Allah.yakin padanya. insya Allah. tiada yang lebih membahagiakan buat kamu.

ina ni dikatakan berani kerana berani kahwin awal. bak kat orang kan, berani kerana benar. sekarang ni bila dah kahwin awal. rasa makin dekat diri dengan Allah. dah boleh jadi biro dakwah plak skang rasa. heee insya Allah. sama2 kita dekatkan diri dengan Allah. nanti ina akan story2 lagi pasal ina insya Allah. gambar ina upload dekat sini je. itupun hanya orang yang ina bagi tengok aje boleh nengok ;) arahan suami saya :D heeee dah kahwin ni tak boleh la lawan cakap suami kan. kat sini ina show 3, 4 gambar aje okayy :)

tapi kan ina tetap respect pada yang nak kerja dulu, dptkan duit dulu dan lain-lain. ye. everything needs money kan ? majlis ina tu pun even kecik2, tapi telan belanja besar. sebab mcm2 nak kena settlekan. memandangkan family iz agak berada, maybe it doesnt matter la kot. tapi kalau yang kurang berkemampuan, mesti mak ayah rasa berat kan. for that, ina rasa better you all kerja dulu laa. other choice if nak jugak married, just kahwin dekat pejabat kadi. memang korang tak keluar 1 sen pun. jimat tak jimat la kan :) heee pada yang kejar kerjaya dulu, its okayy. tapi ingat, perkara yang baik jangan dilengah-lengahkan. tu je laaa.

oh, yaa. mesti korang tanya pasal hantaran kan ? haha okayy. ina takde hantaran masa majlis hari tu. cuma mas kahwin je la. RM22.50. paklong cakap tunggu majlis besar nanti. mudah je kan nak kahwin ni. nnt hantaran ina pun RM10000 je. itu pun, law ikut ina, tak pyh laa. kalau boleh tak nak susahkan iz pun... tapi duit tu bagi pada maklong paklong kan. so, takpe la law gitu. balas jasa diorang dah jaga ina selama ni. urmm lagi satu, nak kahwin ni tak susah. korang jangan dok terikat sangat pada adat! yang penting rukun nikah cukup. setel. tak payah pening2 kena fikir ada tu la, ade ni laa. duniawi je kott. orang dulu2 punya pepatah, biar mati anak tapi jangan mati adat. ada ke patut cm tu ? padahal anak tu anugerah Allah. ada 3 perkara yang akan kita bawa sampai mati. pertama, amalan kita, kedua sedekah amal jariah, dan ketiga doa anak yang soleh. jangan susah2kan diri okayy ? Islam tak susah :)

Haaaaa...tapi jangan la pulak korang punya pakwe ke makwe tu hampeh korang nak buat laki or buat bini. korang rasa boleh kekal lama ke ? tu satu hal lagi. kahwin untuk seumur hidup. bukan sehari dua. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. remember this, jodoh pertemuan di tangan Allah. kadang2 kita rasa dia jodoh kita, but actually it is not! segalanya terletak di tangan Allah. reda, tawakal, istikharah is the best way to find our jodoh ;)
apa-apa pun, kahwin cuma untuk memanjangkan zuriat dan melaksanakan tuntutan syarak. tapi mencari reda Ilahi tetap paling penting dalam apa jua yang kita lakukan. insya Allah. once Allah reda, segalanya akan jadi mudah. inaa banyak sangat ckp mengenai Allah and agama here kan ? why ? sebab ina yakin dengan kuasa Allah. sangat2 yakin dan percaya akan kuasa-NYA. kebanyakkan orang sekarang mengucap kalimah syahadah, mulut kata yakin. tapi pakaiannya subhanallah. ibadahnya ke mana. hurmm ina bukan menuding pada sapa2. tapi untuk ingatan diri sendiri juga. insya Allah. kita cuba jadi yang terbaik :D

sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, nescaya kamulah orang yang paling bahagia :)


kini aku bergelar seorang isteri..alhamdulillah.

memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi :)

didik ina jadi isteri yang solehah sayang...



last but not least :
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

thats all from me. insya Allah kita jumpa lagi di entry akan datang :D
Assalamualaikum...








3 comments:

  1. Ina.. please call me 0172026867. Kalau knl kak umaira.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Berselit-selit agama. Tapi apa hukumnya guna penulisan orang lain ya? Sebijik pulak tu. Tukar nama dengan tarikh. Fikirlaa perasaan empunya penulisan asal. :) Okbye.

    ReplyDelete
  3. salam. itu bukan ke gambar muhsin dan amira... sekalipun kagum dengan muhsin dan amira, tak perlu kot, copy dan paste pic tu sekali.. why tak jadi diri sendiri. kena perl copy. dan betul ke stdy UTP. mesti kenal dgn doktor abd halim.. or itu pun sandiwara jugak.

    ReplyDelete